Pada 3 Februari 2017 bertempat di Dataran Hadapan Pejabat Rekod Penjara Sungai Buloh telah diadakan Program Jalinan Kasih sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program telah melibatkan 5 orang penghuni dan 21 orang ahli keluarga. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKK Hj Mohd Farid B Kassim Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh bersama PP Raja Nazril Azman B Raja Azam Iskandar. Program ini bertujuan untuk membina semangat dan keyakinan diri penghuni atas penerimaan keluarga apabila dibebaskan kelak disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Kehadiran ahli keluarga jelas menunjukkan sokongan dan keakraban yang masih kukuh. Program ini memberi gambaran yang jelas terhadap masa depan dan hala tuju penghuni.
""